Sunday, 17 February 2013

Kekecewaan Paletin

Assalamualaikum , 

Sepucuk surat dari bekas tahanan Agensi Perisikan Israel (Mossad) :


 Ketika saya sedang menulis surat ini , tentera Zionis sedang dan masih menyerang Palestin . Dalam perancangan Israel , negara Iran dan Syria wajib ditumbangkan bagi meneruskan niat mereka yang mengkehendakkan 'suasana baharu di Timur Tengah ' . Kedua negara ini telah ditakrifkan sebagai negara ; sarang pengganas oleh Israel melalui Amerika Syarikat ' Polis Dunia ' . Kedua - dua negara ini adalah penyumbang terbesar bagi gerakan Hizbullah dan Fatah di Palestin . Bukan hanya sumbangan dana malah persenjataan turut disumbang  . 

 Disebabkan hal ini kaum Zionis Israel telah melakukan sesuatu yang mereka telah biasa lakukan iaitu propaganda yang sangat hina . Akibatnya , kini Syria telah mengalami pergolakan dalam negara yang kemungkinan besar akan menumbangkan Presiden Bashar Al - Assad . Asalnya Syria adalah negara yang aman dan indah namun selepas pembunuhan Presiden Lebanon Rafiq Hariri yang didakwa oleh Amerika Syarikat dilakukan oleh Syria telah menyebabkan permusuhan antara Lebanon dan Syria menyebabkan Syria ' terpisah dua ' , pro kerajaan dan anti kerajaan . 

 Kaum Zionis Yahudi tidak sabar - sabar menunggu kata putus dari White House untuk menyerang Iran .  Dengan menjajakan apa yang dipanggilkan ' era pembaharuan demokrasi ' Zionis Yahudi ini berharap tidak akan ada kuasa yang akan menandingi atau mengancam Israel . 

 Arabia dan Jordan telah lama tunduk pada tuntutan Amerika Syarikat dalam menerima keamanan dan kelangsungan Israel . 

 Mesir menggugurkan tutuntuannya terhadap Sememnanjung Gaza yang dijajah Israel sejak tahun 1967( hasil perang 6 hari ) .

 Jordan mengugurkan tuntutannya terhadap Tebing Barat yang dijajah oleh Israel sejak tahun 1967 .

 Syria pula masih menuntut Tebing Tinggi Golan yang dijajah Israel lalu disenaraihitamkan oleh Israel dan Amerika Syarikat . Sebaik sahaja Amerika Syarikat menjajah Iraq pada tahun 2003 , Syria diberi amaran lebih keras untuk tunduk dan patuh pada tuntutan Amerika Syarikat dan Israel .

Kecewa . Kecewa pada pemimpin - pemimpin negara dan orang Islam . Itulah yang dirasai dan dialami oleh rakyat Palestin .

Lupakan Hamas dan PLO . Sama sahaja .

Harapan mereka kini ialah Hizbullah , Fatah dan Iran .

Sekian ,
Terima Kasih . 

*****(nama dirahsiakan atas sebab keselamatan )
Lebanon 

Dimana kita ? Kita masih lagi dalam mimpi yang indah . Kita masih lagi membenci antara satu sama lain kerana pegangan politik , bangsa dan negara . Kita benci orang Indonesia . Tapi mereka sama rumpun dengan kita . Bangsa Melayu . Islam . 

Ingatlah . 
Apabila seseorang itu Islam maka dia adalah saudara kita .

Maaf jika terasa .
Hanya untuk kesedaran sesama kita .
Tidak untuk membangkitkan perasaan sentimen .